Friday, September 11, 2009

Cerita Lawak Hang Uah dengan Hang Abat

Tersebutlah alkisah dua orang sahabat sejati yang bernama Hang Uah dan Hang Abat. Mereka berkawan sejak kecil lg, makan bersama,mandi bersama, memancing bersama dan boleh dikatakan semua dilakukan bersama-sama. Mereka tinggal di kampung Semerah Rambutan.. Hang Uah meminati pasukan Brazil manakala Hang Abat minat Itali...Pada suatu hari seorang raja telah melantik mereka sebagai pengawal keselamatan di istana. raja itu bernama raja Ali Kakey Masham..

Semasa bekerja mereka terpikat dengan anak raja tersebut iaitu puteri Avril, tetapi Hang Uah sanggup berkorban dan memikat avril untuk Hang Abat. Di sebuah bilik Hang Uah ingin memberitahu Avril tentang perkara tersebut, namun Avril salah sangka menyangka Hang Uah ingin melamarnya,lalu Avril terus memeluk Hang Uah. Tiba-tiba,sultan menyerbu masuk melihat avril memeluk Hang Uah, lalu raja teramat marah lalu menyuruh Hang Uah dan puterinya ke luar negara. Namun sebelum itu mereka diminta berkawin dulu.

Hang Abat pula, masih menunggu kepulangan Hang Uah di rumahnya. Dia menunggu sambil menonton TV, hingga ke lewat malam. Dia mula rasa gelisah kerana Hang Uah tidak pulang-pulang. Rancangan Smart Shop yang membosankan, menambah lagi keresahan Hang Abat.'Kalaulah ada ASTRO, alangkah bestnya...', bisik hati Hang Abat. Dia bangun dari sofa lalu berjalan menuju ke tingkap. Matanya memerhati ke arah istana. Firasatnya mengesyaki sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Dia cuba menelefon handset Hang Uah. Tapi jawapannya..." Nombor yang anda dail tiada didalam perkhidmatan". Huh~! Hang Abat mengeluh. Dia mendail sekali lagi. Sama juga jawapannya.

Hang Abat mengetahui khabar tentang perkahwinan mereka itu lalu menjadi teramat marah, Hang Abat terus ke rumah mereka lalu menyuruh Hang Uah keluar. Hang Uah juga marah kerana sikap Hang Abat itu lalu menengking, "hoi kenapa ni!!!!? kau ingat aku takut ke?
terkejut Hang Abat mendengarnya. Lalu Hang Abat mengeluarkan strateginya bagi meredakan kemarahan Hang Uah itu. Hang Abat berkata "tadi aku ternampak seorang budak membuang air".
"Yer ker Abat? Fulllamakkkkk...!! Dah lama seh aku tak ngendap.. Kat mana? Jom ar pegi cepat...jom... jom.. jom.."Tanpa memijak anak tangga, Hang Uah terus melompat ke tanah. Tak sabar-sabar dia. Dengan peristiwa tersebut,dia masih berkawan dan berutus e-mail dengan Hang Abat.

Tuesday, September 8, 2009

Di hujung jalan ini...kusemayamkan cintaku untuk dirimu telah tertanam sudah..harapan hatiku,kasih sungguh dirimu Biarpun kau takkan kembali tetap saja,...nyanyian hidupku adalah dirimu Walaupun takkan mungkin bersama tetap saja,...guratan pena jiwaku hanya dirimu Saat ini,diriku,...dalam penantian tak bertepiakan cintamu padaku seperti yang pernah ada.........

Monday, September 7, 2009

Makam Hang Tuah

Hari ini aku keluar jalan2 ke Melaka di mana letaknya makam hang tuah..Di situ aku pergi melawat makam hang tuah. Di dalam fikiranku berbisik bagaimana la rupa hang tuah,mesti gagah perkasa seperti badang...jikalau dia masih ada,,,
Makam ini dipercayai Makam Hang Tuah, terletak di dalam kawasan tanah perkuburan Kampung Tanjung Keling, Melaka. Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah hilang begitu sahaja dan ada pula yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Menurut Sejarah Melayu, naskah tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih di dalam pengkisahan Sejarah Melayu, Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Keling dengan penuh adat istiadat dan Nobat Diraja tidak dimainkan selama tiga hari.

Monday, August 31, 2009

Semalam aku menunggu detik pukul 12, aku duk je kat bilik tunggu sambil melihat jarum jam berdetik,tik tok.....tik tok...tik tok......sehingga angka menunjukkan pukul 12 tepat menandakan sekali lagi rakyat malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 52...Di dalam hatiku melaungkan merdeka!! merdeka!!!
walaupun aku tidak keluar menyambutnya tak macam sesetengah orang keluar menyambutnya,dalam jiwaku tetap melonjak kegembiraan.
Aku berharap selepas ini tidak akan berlaku sebarang peperangan atau perbalahan di negara ini ataupun di negara luar...bebas dari belenggu penjajah dan perkara yang memudaratkan dan yang boleh menjatuhkan martabat negara ini..
yang paling penting tidak terjadinya rusuhan entah ape2 (macam perbalahan hang tuah dengan hang jebat 2 sehingga membawa kepada kematian)

Sunday, August 30, 2009

imaginasi

Malam ini aku mula berimaginasi tetapi berimaginasi2 idea tak muncul2 juga...macam mana ye,tidak tahu nak berimaginasi ape...
last2 aku ambil maggi rendam dalam air panas,terus makan nikmatnya makan maggi ha3
graphics.net/pub/921/921477wc2fyvv2y2.gif" width=276 height=149 border=0>
glitter-graphics.com