Friday, September 11, 2009

Cerita Lawak Hang Uah dengan Hang Abat

Tersebutlah alkisah dua orang sahabat sejati yang bernama Hang Uah dan Hang Abat. Mereka berkawan sejak kecil lg, makan bersama,mandi bersama, memancing bersama dan boleh dikatakan semua dilakukan bersama-sama. Mereka tinggal di kampung Semerah Rambutan.. Hang Uah meminati pasukan Brazil manakala Hang Abat minat Itali...Pada suatu hari seorang raja telah melantik mereka sebagai pengawal keselamatan di istana. raja itu bernama raja Ali Kakey Masham..

Semasa bekerja mereka terpikat dengan anak raja tersebut iaitu puteri Avril, tetapi Hang Uah sanggup berkorban dan memikat avril untuk Hang Abat. Di sebuah bilik Hang Uah ingin memberitahu Avril tentang perkara tersebut, namun Avril salah sangka menyangka Hang Uah ingin melamarnya,lalu Avril terus memeluk Hang Uah. Tiba-tiba,sultan menyerbu masuk melihat avril memeluk Hang Uah, lalu raja teramat marah lalu menyuruh Hang Uah dan puterinya ke luar negara. Namun sebelum itu mereka diminta berkawin dulu.

Hang Abat pula, masih menunggu kepulangan Hang Uah di rumahnya. Dia menunggu sambil menonton TV, hingga ke lewat malam. Dia mula rasa gelisah kerana Hang Uah tidak pulang-pulang. Rancangan Smart Shop yang membosankan, menambah lagi keresahan Hang Abat.'Kalaulah ada ASTRO, alangkah bestnya...', bisik hati Hang Abat. Dia bangun dari sofa lalu berjalan menuju ke tingkap. Matanya memerhati ke arah istana. Firasatnya mengesyaki sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Dia cuba menelefon handset Hang Uah. Tapi jawapannya..." Nombor yang anda dail tiada didalam perkhidmatan". Huh~! Hang Abat mengeluh. Dia mendail sekali lagi. Sama juga jawapannya.

Hang Abat mengetahui khabar tentang perkahwinan mereka itu lalu menjadi teramat marah, Hang Abat terus ke rumah mereka lalu menyuruh Hang Uah keluar. Hang Uah juga marah kerana sikap Hang Abat itu lalu menengking, "hoi kenapa ni!!!!? kau ingat aku takut ke?
terkejut Hang Abat mendengarnya. Lalu Hang Abat mengeluarkan strateginya bagi meredakan kemarahan Hang Uah itu. Hang Abat berkata "tadi aku ternampak seorang budak membuang air".
"Yer ker Abat? Fulllamakkkkk...!! Dah lama seh aku tak ngendap.. Kat mana? Jom ar pegi cepat...jom... jom.. jom.."Tanpa memijak anak tangga, Hang Uah terus melompat ke tanah. Tak sabar-sabar dia. Dengan peristiwa tersebut,dia masih berkawan dan berutus e-mail dengan Hang Abat.

1 comment:

  1. salam,
    nak tahu cerpe yang dihasilkan...
    kalau lapang hantar la melalui e-mel ct k!

    ReplyDelete

graphics.net/pub/921/921477wc2fyvv2y2.gif" width=276 height=149 border=0>
glitter-graphics.com